
Usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman seolah-olah tidak mengendahkan kecaman masyarakat apabila dia terus berkongsi foto dan memuat naik video dia mengenakan jubah wanita dan bertudung di Instagram ketika mengerjakan ibadat umrah di Mekah.
Malam tadi, Sajat memuat naik video dia menangis dan mencium Kaabah di Insta Storynya.
Dia juga memuat naik beberapa gambar dia mengenakan jubah wanita berwarna hitam selain turut berpurdah di Masjid Nabawi, Masjid Quba dan Bukit Uhud di Madinah.
Ahli perniagaan popular itu turut menulis kapsyen antaranya, “Ampunkan aku Ya Allah, aku seorang pendosa”, “Ya Allah, maafkan aku, aku bersujud pada-Mu Ya Allah” dan “Alhamdulillah, yang baik datangnya dari Allah, yang jahat datangnya dari kita”.
Dalam pada itu, Sajat turut menutup ruang komen di Instagram dipercayai kerana tidak mahu terus menerima kecaman netizen.
Difahamkan, Sajat bersama keluarga, rakan serta mutawwif sudah pulang ke tanah air pagi semalam, awal sehari daripada tarikh sepatutnya mereka pulang.
Mereka dikatakan membeli tiket penerbangan sendiri tanpa melalui agensi umrah Albayt Travel (M) Sdn Bhd, dan tiba di tanah air kira-kira jam 5 pagi.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]