Hampir RM500,000 lesap akibat skim pelaburan tak wujud

Hampir RM500,000 lesap akibat skim pelaburan tak wujud

Polis berkata mangsa mula curiga apabila gagal mendapat keuntungan dijanjikan dan diberikan pelbagai alasan oleh suspek.

scammer
Polis berkata mangsa yang dijanjikan pulangan keuntungan dalam tempoh singkat membuat 14 pemindahan wang ke 12 akaun bank berbeza berjumlah RM485,832.
MIRI:
Seorang wanita kerugian RM485,832 selepas terpedaya skim pelaburan yang dipromosikan dalam Instagram.

Ketua Polis Miri, Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata mangsa 48 tahun itu membuat laporan semalam selepas menyedari diperdaya.

Beliau berkata, mangsa tertarik dengan iklan pelaburan itu sebelum menghubungi individu dikenali “Han Zhi Hai” melalui nombor telefon antarabangsa.

“Mangsa dijanjikan pulangan keuntungan dalam tempoh singkat sebelum membuat 14 pemindahan wang ke 12 akaun bank berbeza berjumlah RM485,832,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, mangsa mula curiga apabila gagal mendapat keuntungan dijanjikan dan diberikan pelbagai alasan sebelum menyedari ditipu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.