Peugeot 3008 dan 5008 SUV – 5 sebab pilihan terbaik untuk masyarakat bandar
SUV Peugeot 3008 dan 5008 pilihan versatil yang anda mampu miliki.
SUV atau “Sport Utility Vehicle” dahulunya kenderaan gergasi yang perlahan dan banyak mengambil ruang di jalan raya dan tempat letak kereta. Namun sekarang, kenderaan utiliti sukan sudah berkembang menjadi kereta serba guna, serupa pisau pelbagai guna dalam dunia automotif. Dengan SUV seperti Peugeot 3008 dan 5008 SUV Plus, adakah kereta ini paling sesuai untuk keluarga dalam kalangan masyarakat bandar? Berikut 5 sebab anda perlukan sekurang-kurangnya sebuah SUV.
1. Ruang secukupnya
Ciri terbaik adalah ruang dalaman yang cukup luas. Anda boleh pasang sebuah tempat duduk kanak-kanak ISOFIX, sebuah kereta sorong bayi, 2 bagasi, beg komputer riba, dan beberapa buah bakul di ruang belakang Peugeot 3008 SUV Plus, namun masih ada ruang lapang. Ini antara barang-barang keperluan yang ruang but berkapasiti 591 liter ini (dengan lantai but direndahkan) boleh tampung. Ruang punggahan yang luas serta rendah membolehkan anda meletakkan beg dengan lebih mudah setelah selesai membeli-belah.
Sementara 5008 SUV Plus pula, anda boleh menikmati kapasiti ruang sebanyak 2,042 liter dengan menurunkan baris tempat duduk kedua dan ketiga. Berbanding trak pikap dengan ruang kargo tersembunyi, 5008 SUV Plus memberi anda tambahan kapasiti sebanyak 100 liter. Namun, apabila anda tidak memerlukan ruang tersebut, masih muat 5 orang dewasa dalam 3008 SUV Plus dan 7 orang dewasa dalam 5008 SUV Plus. Ruang ini serba guna dan teroptimum yang tidak terhad kepada hanya 1 fungsi.
2. Garang tapi menawan
Tidak seperti SUV terdahulu, SUV terbaru ini amat bergaya. SUV masa kini perlu mengekalkan sifat luaran SUV tradisional tetapi juga mempunyai “kekebalan” tertentu. Lihat Peugeot 3008 SUV Plus sebagai contoh. Ia lebih bersifat kereta konsep dari kereta keluaran siri. Ia mempunyai lampu hadapan LED, lampu belakang 3D dengan “claw effect”, dan banyak lagi perincian bergaya. Sama sahaja dengan 5008 SUV Plus, yang mengekalkan ciri atletik walaupun boleh muat 7 orang dewasa.
Apabila anda memasuki kereta ini, lain rasanya. Dari reka bentuk papan pemuka i-Cockpit, tombol gaya kunci piano, balutan tempat duduk, pencahayaan suasana, dan bumbung panorama, kereta ini memberi anda ruang berehat yang menarik. Ia bukan sahaja cantik kerana ia dimuatkan dengan sistem sambungan seperti Bluetooth, Apple CarPlay, dan Mirror Link. Daya tarikan penuh gaya dan uniseks ini tidak dapat ditandingi sedan lain yang umumnya berciri salah satu kategori tersebut.
3. Perjalanan penuh keyakinan
SUV generasi kini masih mengekalkan ciri SUV terdahulu, termasuk pemandangan hadapan yang dominan. Ketinggian ini boleh membantu anda melepasi bonggol dengan mudah, walaupun dengan muatan maksima. Kalau anda terpaksa merentasi banjir kilat, senang sahaja anda melepasinya. Dengan tayar lebih besar serta talaan suspensi yang lebih efektif, anda boleh kemudi kereta ini di kawasan “off-road” dengan lebih mudah.
Ini bermakna apabila anak kecil turut serta dalam tempat duduk kanak-kanak, mereka kurang terumbang-ambing bila kereta terkena lubang atau bonggol. Jika anda hendak meneroka kawasan yang tiada jalan berturap untuk perkelahan, kelepasan tanah yang tinggi, tayar serba-medan, dan perincian teknologi seperti Peugeot Advance Grip Control System membolehkan anda meneroka tanpa perlu sistem 4WD. Hal ini sukar untuk MPV dan sedan.
4. Pakej yang efisien
SUV masa kini lebih efisien berbanding SUV terdahulu, walaupun saiz kini dikira kecil. Sudah tiada enjin kapasiti tinggi, sebaliknya enjin turbocaj kapasiti rendah yang efisien menjadi pilihan, seperti Peugeot 3008 dan 5008 SUV Plus. Enjin 1.6 liter turbocaj suntikan terus menghasilkan 167 bhp dan tork setinggi 240Nm. Ini lebih banyak tork daripada yang dihasilkan oleh sesetengah enjin 2.4 liter bukan turbocaj dalam sedan segmen D.
Enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik dengan 6 kelajuan dan berat tanpa penumpang yang lebih rendah berbanding sedan segmen D. 5008 SUV Plus yang berkapasiti 7 penumpang pun beratnya hanya 1,595kg – hanya 40kg lebih berat daripada sesetengah sedan segmen D Jepun. Tambahan pula, SUV ini mempunyai bumbung panorama saiz penuh.
5. Keselamatan tanpa kompromi
SUV segmen kereta paling pesat berkembang di dunia dan sudah banyak inovasi keselamatan yang dilaksanakan dalam arah pembangunan segmen ini. Peugeot 3008 dan 5008 SUV Plus mempunyai skor sempurna 5 bintang dalam ujian Euro NCAP yang begitu ketat. Abah-abah ISOFIX membolehkan anda memuatkan lebih dari 1 tempat duduk kanak-kanak.
Kereta ini juga mempunyai sistem bantuan pemandu elektronik seperti Amaran Teralih Lorong, Kawalan Menurun Bukit, Kawalan Stabiliti Dinamik, Regulasi Anti-Gelinciran dan banyak lagi. Semua ciri ini, apabila dipadankan dengan tayar yang lebih besar dari biasa, membolehkan anda memandu dengan selamat. Ini memberikan anda ketenangan minda yang tidak boleh dinilai.
SUV generasi kini lebih efisien kerana perkembangan kejuruteraan sepanjang dekad lalu. SUV tersebut direka bentuk secara bijak, mempunyai banyak ciri keselamatan dan kemudahan teknologi, dan juga ruang dan ketinggian tambahan. Inilah kenderaan paling versatil yang boleh anda dapatkan pada harga mampu milik. Adakah anda akan memilih SUV seperti Peugeot 3008 SUV Plus atau berbelanja sedikit lagi untuk Peugeot 5008 SUV Plus yang lebih besar?
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: Peugeot Malaysia