KEMASKINI: Anwar tiba di Istana Negara

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk bertemu Agong tidak lama selepas Dr Mahathir Mohamad menyerahkan surat peletakan jawatan perdana menteri.

Presiden PKR tiba pada 2.32 petang tadi.

Setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak semalam memaklumkan pertemuan ini sudah diatur lebih awal selepas mendapat persetujuan Sultan Abdullah.

Pertemuan ini juga menyusuli pengumuman PPBM keluar Pakatan Harapan, 9 ahli Parlimen PKR keluar parti, dan pemecatan keahlian parti Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.

Kenderaan membawa Anwar Ibrahim dan Wan Azizah keluar Istana Negara pada 3.20 petang.