

Republikan Islam itu “seolah-olah menyembunyikan maklumat epidemik itu selari dengan contoh China”, NGO yang lebih dikenali sebagai RSF itu dalam satu kenyataan.
“Pihak berkuasa menegaskan mereka mempunyai keadaan yang terkawal namun mereka enggan menerbitkan angka yang tepat bagi kematian dan jangkitan dan menghalang wartawan yang cuba membuat liputan,” katanya.
RSF berkata wartawan bebas Mohammad Mosaed disiasat pegawai perisikan Pengawal Revolusi pada 23 Feb berhubung mesej yang dia siarkan di media sosial mengenai wabak itu.
Dia dibebaskan selepas disoal siasat, tetapi telefon dan komputernya dirampas, dan akaun Telegram dan Twitternya ditutup.
Menurut polis siber Iran, 24 orang ditangkap dan didakwa kerana menyebarkan berita palsu mengenai wabak itu.
“RSF mengutuk penganiayaan Iran terhadap media dan wartawan menerbitkan maklumat bebas,” kata kenyataan NGO itu.