Mukhriz kekal MB Kedah

Mukhriz kekal MB Kedah

Mukhriz Mahathir terima sokongan daripada ahli Dewan Undangan Negeri pelbagai parti.

Menteri Besar Mukhriz Mahathir menghadap Sultan Kedah pagi tadi dan menyerahkan surat sokongan daripada para Adun.
PETALING JAYA:
Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir mengekalkan jawatannya selepas menerima sokongan daripada ahli Dewan Undangan Negeri pelbagai parti.

Beliau berkata kerajaan Kedah sekarang gandingan Pakatan Harapan dan PPBM.

“Kesepakatan ini menjamin kerajaan negeri macam biasa,” kata Mukhriz pada sidang media di kediamannya hari ini.

Mukhriz menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin pagi tadi untuk membincangkan krisis politik semasa di peringkat persekutuan dan kesannya kepada kerajaan negeri.

Beliau juga menyerahkan surat sokongan daripada 18 wakil rakyat kepada sultan.

Pemimpin PKR, Amanah, dan DAP berada pada sidang media sama bagi menyatakan sokongan kepada Mukhriz.

PPBM keluar PH pada awal minggu ini menyebabkan beberapa kerajaan negeri berada dalam kedudukan minoriti, dengan Kedah – negeri halaman Dr Mahathir Mohamad – paling berbahaya.

Terdapat 36 kerusi DUN di Kedah, dengan PAS 15 kerusi, PPBM 6, PKR 7, Amanah 4, DAP 2 dan Umno 2.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.