Kelakar… Wartawan tak sedar ‘filter’ wajah dipasang tanpa sengaja

Justin tidak sedar ‘filter’ pada wajahnya ketiak bersiaran langsung semasa membuat laporan mengenai keadaan cuaca. (Gambar Facebook)

Nak ketawa ke atau nak kesian pun tak pasti tapi inilah yang berlaku terhadap seorang wartawan apabila dia tidak menyedari “on” filter kamera ketika membuat laporan secara live di media sosial.

Justin Hinton ketika itu sedang melengkapkan laporannya mengenai keadaan salji di North Carolina, Amerika Syarikat bagaimanapun sebaik kembali melihat semula kamera, dia membaca komen-komen penonton mengenai wajahnya yang “pelik”.

Ini kerana sebelum video itu strim secara langsung, Justin secara tidak sengaja menghidupkan aplikasi filter wajah di Facebook secara automatik.

Ia sekali gus menimbulkan keadaan yang begitu berbeza semasa menyampaikan laporan itu.

Ketika memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan sekolah dan mengeluarkan amaran mengenai keadaan cuaca yang buruk, dia kelihatan dengan beberapa penampilan seperti topi keledar angkasa, kucing dan ahli sihir serta mata yang besar.

Facebook Live blooper

When you're trying to do a serious Facebook Live about the weather and you accidentally tap the Mystery Mask filter. Poor Justin Hinton.

Video penuh yang dimuat naik ke halaman Facebook WLOS ABC 13 itu menunjukkan Justin kembali ke belakang kamera untuk bertanya kepada studio: “Misty, adakah saya mempunyai wajah yang pelik?”

Selepas diberitahu bahawa dia telah memasukkan kesan khas dalam laporannya, dia berkata: “Sekarang saya teruja untuk melihat kembali video ini dan melihat apa yang berlaku kepada wajah saya.”

Justin bagaimanapun hanya ketawa melihat kesilapan yang tidak disengajakan menerusi media sosialnya sendiri.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]