Selamat menyambut ‘Hari Tidur Sedunia’!

Sambutan hari tidur diadakan pada 13 Mac dan pada tahun berikutnya akan berlaku pada 12 Mac 2021. (Gambar Rawpixel)

Kita mungkin sudah biasa dengan hari-hari khas yang disambut seluruh dunia seperti Hari Wanita Sedunia, Earth Hour dan banyak lagi sambutan disambut dengan cukup meriah.

Namun tahukah anda terdapat satu lagi sambutan yang amat ditunggu-tunggu pada hari ini, 13 Mac 2020, iaitu Hari Tidur Sedunia (World Sleep Day)?

Hari Tidur Sedunia ialah acara tahunan, disambut bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang kepentingan tidur dan berehat, termasuklah dalam bidang perubatan, pendidikan, aspek sosial dan juga memandu.

Sambutan ini diperkenalkan oleh sekumpulan komuniti yang dikenali sebagai “World Sleep Day Committee of World Sleep Society”, dengan menerangkan pentingnya tidur dan juga cara menghalang masalah tidur.

Kumpulan ini terdiri daripada pengamal perubatan yang bekerja dalam bidang kesihatan, khususnya dalam penyelidikan berkenaan tidur.

Hari Tidur Sedunia diadakan hari Jumaat sebelum fenomena Spring Vernal Equinox berlaku setiap tahun.

Untuk tahun ini, sambutan hari tidur diadakan pada 13 Mac dan pada tahun berikutnya akan berlaku pada 12 Mac 2021.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]