
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu diambil bagi memudahkan urusan percukaian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok hingga 31 Mac ini.
Menurut kenyataan itu, bagi tujuan mengemukakan BNCP dan pembayaran baki cukai, pembayar cukai disaran menggunakan perkhidmatan dalam talian melalui platform ezHASiL.
LHDN turut memaklumkan semua premisnya di seluruh negara akan ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Pembayar cukai yang mempunyai sebarang masalah berhubung isu percukaian, khususnya berkaitan pengisian dan mengemukakan borang boleh membuat pertanyaan melalui panggilan ke Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara).