Warga asing terkurung di flat KL dapat makanan percuma

Selangor Mansion yang dikenakan kawalan ketat minggu ini.

PETALING JAYA: Putrajaya akan membekalkan makanan kepada penghuni 2 bangunan di Kuala Lumpur yang dikenakan kawalan ketat awal minggu ini, berbeza dengan pendirian sebelum ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata semua 1,850 penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India akan dibekalkan makanan tengah hari dan malam sepanjang 2 minggu ini.

“Makanan ditaja rakyat Malaysia yang cakna dan prihatin,” katanya di Twitter hari ini.

Majoriti penghuni dikatakan warga asing. Semalam, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata kedutaan masing-masing bertanggungjawab untuk keperluan harian mereka.

Dua rumah pangsa itu dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan selepas 15 kes Covid-19 dilaporkan di situ.

Menara City One, terletak dalam kawasan sama, dikenakan PKPD minggu lepas.

Dua kawasan lain yang dikenakan kawalan ketat Simpang Renggam di Kluang, Johor dan Sungai Lui di Hulu Langar, Selangor.