Teruskan hidup… Juruterbang British Airways tukar kerjaya kini jadi pemandu

Teruskan hidup… Juruterbang British Airways tukar kerjaya kini jadi pemandu

Peter baru berkhidmat 4 bulan untuk syarikat penerbangan kini dia berkhidmat sebagai pemandu penghantaran makanan untuk sebuah pasaraya bagi meneruskan kehidupannya.

Peter berkhidmat sebagai juruterbang kini berkhidmat sebagai pemandu penghantaran makanan untuk sebuah pasaraya bagi meneruskan kehidupannya. (Gambar Twitter)

Gara-gara kesan daripada pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan ramai pendapatan yang terjejas terutamanya mereka yang bekerja di syarikat penerbangan.

Amerika Syarikat kini dilaporkan mengalami kadar pengangguran yang tinggi akibat pandemik itu sehingga jutaan rakyat mereka terpaksa memohon faedah pengangguran.

Seorang juruterbang British Airways yang digantung penerbangannya kini menukar kerjayanya kepada “runner” bagi meneruskan kehidupannya.

Lebih menyedihkan, Peter Login baru sahaja berkhidmat selama 4 bulan untuk syarikat penerbangan itu dan kini, dia berkhidmat sebagai pemandu penghantaran makanan untuk sebuah pasaraya bagi meneruskan kehidupannya.

British Airways telah menggantung semua penerbangan di Gatwick dan memotong separuh daripada perkhidmatan mereka di Heathrow.

Keadaan ini menyebabkan para juruterbang terpaksa menerima potongan gaji sebanyak 50% selama 3 bulan dan diminta mengambil cuti tanpa gaji selama 2 minggu pada April dan Mei ini.

Walaupun terkesan dengan pandemik ini, Peter sanggup menukar kerjaya daripada pemandu Boeing 747 kepada pemandu van jenis Mercedes Sprinter dengan tujuan membantu menghantar makanan kepada warga Britain.

Tindakannya ini mendapat pujian daripada warga Britain kerana rela berkhidmat untuk masyarakat di dalam situasi ini.

Peter turut memuatnaik perkongsian di Twitter miliknya yang menunjukkan dia kembali berkhidmat tetapi kali ini dia kembali ke kokpit bersama dengan Tesco.

Peter turut berkongsi kisah kehidupannya sebelum ini. (Gambar Twitter)

Di ruangan komen, kebanyakan netizen memberikan reaksi yang positif dan menyokong tindakan mulianya itu. Mereka juga turut mendoakan semoga dia dapat segera kembali menerbangkan pesawat tidak lama lagi.

Ini bukanlah kali pertama dia lalui pengalaman tidak dapat bekerja selama beberapa bulan.

Sebelum berkhidmat sebagai juruterbang, dia pernah bekerja di Thomas Cook selama 3 tahun sebelum syarikat penerbangan tersebut dilanda masalah pada September tahun lalu.

Dia kemudiannya berpindah dan berkhidmat untuk British Airways kira-kira 4 bulan sebelum wabak Covid-19 muncul.

Kesan daripada pandemik ini menyebabkan semua penerbangan British Airways digantung ke seluruh dunia dan membawa kepada penggantungannya untuk sementara.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.