Lelaki mabuk larikan kenderaan e-panggilan diberkas

Lelaki mabuk larikan kenderaan e-panggilan diberkas

Suspek bertindak memandu melawan arus selepas berlaku salah faham dengan pemandu e-panggilan itu.

Shamsudin Mamat
Ketua Polis Petaling Jaya Shamsudin Mamat, berkata suspek kini direman dengan kes disiasat Seksyen 42(1) dan Seksyen 45(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
PETAING JAYA:
Lelaki mabuk ditahan selepas dipercayai melarikan sebuah kenderaan e-panggilan secara melawan arus dalam kejadian di KM0.7 Lebuhraya Sprint, awal pagi semalam.

Ketua Polis Petaling Jaya Shamsudin Mamat, berkata suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Petaling Jaya, pada 2.10 pagi.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar 1 pagi apabila suspek memandu kenderaan secara melawan arus sebelum ditahan di lokasi berkenaan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati suspek berada di bawah pengaruh alkohol dan turut melarikan sebuah kenderaan e-hailing susulan salah faham dengan pemandu kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata individu berkenaan kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) dan Seksyen 45(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan turut dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik M Sivam di talian 017-329 0749 atau IPD Petaling Jaya di 03-7966 2222 bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.