334 tangkapan hari pertama PKP3 di Selangor

334 tangkapan hari pertama PKP3 di Selangor

Semua tangkapan semasa sekatan jalan raya dan pemeriksaan mengejut di beberapa lokasi tumpuan.

SHAH ALAM:
Polis Selangor memaklumkan 334 orang termasuk warga asing ditangkap pada hari pertama perintah kawalan pergerakan fasa 3.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata semua tangkapan semasa sekatan jalan raya dan pemeriksaan mengejut di beberapa lokasi tumpuan.

“Operasi ‘snap and check’ dilakukan di beberapa lokasi hot spot termasuk pasar raya,” katanya pada sidang media di ibu pejabat polis kontinjen Selangor.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata mulai semalam pengingkar perintah kawalan pengerakan akan terus ditahan dan dituduh di mahkamah.

Polis tidak akan lagi mengeluarkan kompaun bagi kesalahan itu, katanya.

Sementara itu, Yazid memaklumkan jumlah tangkapan hari pertama PKP3 membuktikan ada orang masih gagal mematuhi perintah yang dikuatkuasakan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

“Sekiranya individu-individu tersebut masih lagi berdegil, agar sukar untuk kita memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini,” katanya.

Mengenai kesesakan jalan raya akibat sekatan polis, Yazid mengingatkan tujuannya iaitu mencegah orang ramai keluar berleluasa.

“Kita mohon kepada rakyat Selangor agar lebih berdisiplin dan bersabar, biarlah kita sama-sama berusaha berganding bahu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.