Baru Bian beri bayangan sertai Parti Sarawak Bersatu

Baru Bian beri bayangan sertai Parti Sarawak Bersatu

Baru Bian berkata, beliau mendapati perlembangan PSB ‘menarik’ setelah dikaji parti politik lain yang berpusat di Sarawak

Baru Bian keluar dari PKR pada akhir Februari lalu.
KUCHING:
Bekas ketua PKR Sarawak Baru Bian memberi bayangan untuk menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB), dengan berkata, beliau mendapati perlembagaan parti itu menarik.

“Saya melihat pendirian yang serupa dengan Parti Warisan Sabah,” kata ahli Parlimen Selangau itu, sambil menambah bahawa Warisan berjaya mendapatkan sokongan rakyat Sabah dalam memperjuangkan hak negeri itu.

Baru berkata, beliau mendapati perlembagaan PSB “menarik” setelah mengkaji parti politik lain yang berpusat di Sarawak.

“Objektif PSB sepadan dengan impian saya dan saya percaya, dengan impian kebanyakan rakyat Sarawak. Yang paling penting, parti itu mempromosikan kepelbagaian kaum dan perpaduan,” kata bekas menteri kerja raya itu yang keluar dari PKR pada akhir Februari, dalam satu kenyataan.

Baru meninggalkan PKR ketika puncak krisis politik negara pada Februari.

Semalam, setiausaha PKR yang juga ketua bahagian Stampin, Desmond Kho yang berpihak kepada Baru sebelum keluar dari parti itu dilaporkan berkata, Baru dan penyokongnya mungkin akan menyertai PSB.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.