
Pelaksanaan itu tertakhluk kepada semua warga asing yang masuk ke Taiwan pada atau sebelum 21 Mac 2020 menerusi visa pelawat atau pengecualian visa, kecuali kepada mereka yang tinggal melebihi tempoh, memetik kenyataan Kementerian Luar Taiwan (MOFA).
“Jumlah masa tinggal tidak boleh melebihi 180 hari,” kata kementerian.
Syarat lanjutan visa itu “boleh berubah dan berdasarkan kepada kesesuaian keadaan.”
Sebelum ini, kementerian mengumumkan lanjutan kali pertama bermula 21 Mac, juga selama 30 hari.
Pada 18 Mac, Pusat Kawalan Epidemik (CECC) Taiwan mengenakan larangan masuk ke atas semua warga asing, kecuali mereka yang memiliki sijil atau dokumen penduduk asing yang sah.
Kementerian berkata, Agensi Imigresen Negara turut menawarkan program pulang ke negara asal secara sukarela kepada warga asing yang tinggal melebihi tempoh.
Antara 20 Mac dan 30 Jun, mereka yang tinggal melebihi tempoh dan menyerah diri tidak akan ditahan atau dikenakan larangan e-entry, sebaliknya hanya didenda sebanyak NT$2,000 (RM290).
Mengikut hukuman asal mereka yang melakukan kesalahan itu akan didenda maksimum NT$10,000, dan tidak dibenarkan masuk semula ke Taiwan sehingga 8 tahun.