
Bintang seni mempertahankan diri campuran (MMA) Wilhelm Ott mengumumkan memeluk Islam 16 April lalu.
Katanya krisis Covid-19 membantu dia menemui pegangannya.
Dia membuat kenyataan tersebut dalam sebuah hantaran di Instagram, Islam berada di fikirannya sejak bertahun-tahun lamanya, tetapi ada kalanya dia berasa tidak dapat melakukan apa-apa dengannya.
“Saya membiarkan diri saya terpengaruh dengan politik. Tetapi ketika saya menghadapi masa-masa sukar, agama Islam memberi saya kekuatan yang diperlukan,” katanya.
Dalam catatan itu, atlet MMA ini juga memuat naik satu video beliau mengucap dua kalimah syahadah, iaitu salah satu daripada 5 rukun Islam yang menyatakan kepercayaan terhadap keesaan Allah dan penerimaan Muhammad sebagai utusan Allah.
“Kini iman saya benar-benar kuat sehingga saya dapat mengenali satu-satunya Tuhan yang benar.
“Dengan berbangga saya berkata ya, saya seorang Muslim,” jelasnya.
Dalam catatan lain, Ott mengucapkan terima kasih atas reaksi positif yang dia terima daripada peminat dan masyarakat Islam seluruh dunia.
“Terima kasih tidak terhingga kepada semua orang. Anda memberikan saya kekuatan dan menguatkan lagi keyakinan saya pada Allah SWT,” katanya.
Ott, terkenal dengan gelaran “yang luar biasa”, lahir pada 1982.
Dia menduduki tempat ke-74 dari 615 EU Wester Pro Welterweights yang aktif, menurut Topology sumber MMA.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]