
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, daripada jumlah itu, 82 orang adalah warga asing.
“Ini menjadikan jumlah warga asing yang ditangkap sepanjang tempoh Op Covid dari 18 Mac lalu, seramai 1,400 orang,” katanya pada sidang media Ops Covid-19 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.
Kerajaan mula menguatkuasakan PKP bagi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 pada 18 Mac, dan kini memasuki fasa ke-3 sehingga 28 April depan.
Dalam pada itu, Yazid berkata sepanjang tempoh PKP dari 18 Mac hingga kini, pihak polis Selangor menerima 2,771 laporan polis berkaitan dengan PKP.
Katanya, tahap pematuhan rakyat di Selangor meningkat kepada 93%.
“Sebanyak 1,573 kertas siasatan dibuka dan daripada jumlah itu pihak polis Selangor membuat tangkapan 3,431 tangkapan,” katanya.
Yazid juga berkata, jumlah sekatan jalan raya di Selangor meningkat kepada 101 lokasi dalam tempoh 24 jam sehingga semalam.
Katanya, sebanyak 469 pemeriksaan kenderaan dilakukan sehingga tengah malam tadi
“Pihak polis Selangor juga meningkatkan pemeriksaan ‘Snap and Check’ dan sepanjang PKP ini sebanyak 3,084.
“Dalam pemeriksaan ini, sebanyak 3,724 orang diberikan nasihat,” katanya.
Yazid berkata, lokasi perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di daerah Kajang masih diteruskan, tetapi hanya tertumpu kepada Madrasah An-Nabawiyah sahaja.