Doktor ‘frontliner’ rawat pesakit covid-19 bunuh diri akibat terlalu penat

Dr Lorna menceritakan keadaan pesakit-pesakitnya yang dijangkiti virus itu sehingga berada dalam keadaan nazak semasa rawatan sebelum ditemui mati. (Gambar Twitter)

Wabak Covid-19 bukan sahaja berbahaya memandangkang penularannya yang begitu cepat namun ia juga boleh menyebabkan sesiapa sahaja merasa tertekan sebab terpaksa berada dalam situasi yang genting.

Malah duduk rumah terlalu lama tanpa keluar langsung juga boleh buat sesiapa sahaja merasa resah.

Seperti yang dilaporkan Yahoo News, doktor bahagian kecemasan yang merawat pesakit Covid-19 ditemui mati dipercayai bunuh diri.

Doktor wanita yang dikenali sebagai Dr Lorna M. Breen yang berkhidmat di Hospital New York-Presbyterian Allen di Manhattan ditemui bunuh diri Ahad lalu di rumah keluarganya di Virginia, Amerika Syarikat.

Menurut ayahnya, mangsa sebelum kejadian itu ada bercerita tentang keadaan pesakit-pesakitnya yang dijangkiti virus itu.

Katanya, anaknya itu juga meluahkan perasaan tentang keadaan pesakitnya yang nazak semasa rawatan.

Doktor itu juga dikatakan mungkin diselubungi rasa bersalah sebab tidak dapat merawat pesakit Covid-19 ketika berehat di rumah.

Hospital New York-Presbyterian Allen di Manhattan tempat Dr Lorna bekerja merawat pesakit Covid-19. (Gambar Twitter)

Difahamkan, Lorna yang juga pengarah perubatan bahagian kecemasan di hospital terbabit dijangkiti wabak itu sebelum ini.

Namun, dia kembali bekerja selepas lebih kurang seminggu berehat di rumah dan disahkan negatif Covid-19.

Namun, pihak pengurusan hospital menggesa dia agar berehat semula di rumah sehingga betul-betul sembuh.

Mangsa yang berusia 49 tahun dilaporkan tidak pernah mempunyai masalah mental sebelum ini.

Namun, ayahnya mengatakan anaknya itu kelihatan seperti tidak bersemangat ketika kali terakhir bercakap dengannya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]