Thailand lapor 3 kes baru Covid-19 sebaik tarik balik sekatan

Thailand lapor 3 kes baru Covid-19 sebaik tarik balik sekatan

Jangkitan baru itu adalah jumlah terendah direkodkan sejak awal Mac

Penduduk tempatan memakai topeng ketika menunggu giliran untuk mendapatkan makanan percuma di sebuah taman di Bangkok tengah, bulan lalu. (Gambar AP)
BANGKOK:
Thailand melaporkan 3 kes baru Covid-19 dan tiada kematian baru pada Ahad selepas negara itu mula menarik balik sekatan ke atas beberapa perniagaan dan aspek kehidupan.

Jangkitan baru itu adalah jumlah terendah direkodkan sejak awal Mac, sebelum negara terbabit mula melaporkan kluster dan jumlah yang mula meningkat.

Thailand menyaksikan jumlah keseluruhan 2,969 kes Covid-19 dan 54 kematian sejak penularan wabak itu bermula pada Januari.

Angka jangkitan harian baru kekal 1 digit selama seminggu. Kerajaan membenarkan beberapa perniagaan dan taman awam dibuka semula pada Ahad dan juga meneruskan penjualan minuman beralkohol.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.