Indonesia berjaya hasilkan durian tanpa duri!

Indonesia berjaya hasilkan durian tanpa duri!

Durian ‘Gundul’ tanpa duri lebih mudah dibuka dan juga mempunyai rasa lebih manis daripada durian biasa.

Durian ‘Gundul’ tanpa duri lebih mudah dibuka dan juga mempunyai rasa lebih manis daripada durian biasa. (Gambar Twitter)

Sekumpulan penyelidik pertanian di Indonesia mendedahkan kejayaan mereka menanam pokok durian yang menghasilkan buah tidak berduri.

Ketua Pemeriksaan dan Perakuan Benih wilayah barat Nusa Tenggara, Maisin berkata, beliau berasa lega kerana orang ramai tidak lagi menganggap durian botak sebagai satu khabar angin.

“Tanpa ‘perisai’ tajam, durian ini lebih mudah dibuka. Ia mempunyai rasa yang sama, bahkan lebih manis berbanding durian yang lain tetapi isinya sedikit nipis,” katanya.

Menurut portal Mashable, pokok tersebut mula ditanam pada 2007 di Kampung Trenggaluh berdekatan Gunung Rinjani, iaitu sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lombok, Indonesia.

Sampel daripada pokok durian yang menghasilkan buah tidak berduri itu telah diambil oleh pengkaji pertanian tempatan dari sana.

Durian ‘Gundul’ itu kini dibiak dengan lebih banyak. (Gambar Twitter)

Pemilik pokok berkenaan pada awalnya ragu-ragu dengan tumbuhan tersebut dan menyangka ia beracun, namun anak lelaki pemilik pokok tersebut mencuba durian itu dan mendapati rasanya serupa dengan spesies durian lain.

Biji buah itu kemudiannya digunakan untuk membiakkan lebih banyak durian tidak berduri.

Bagaimanapun Maisin menjelaskan, hanya 2% daripada biji benih itu berbunga dan menghasilkan buah.

Mereka menamakan ia buah durian gundul.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.