Bapa, anak perempuan melaram pelbagai kostum luar biasa setiap kali pergi buang sampah

Antara foto-foto Jamie bersama anak perempuannya sewaktu mereka keluar membuang sampah. (Gambar Instagram)

Lain orang lain cara mereka mencipta kebahagian mereka sendiri namun ia tetap membahagiakan sesiapa sahaja yang merasainya.

Begitu juga dengan seorang lelaki ini bersama anak perempuannya yang mana mereka dirakam memakai pelbagai kostum maskot setiap kali keluar rumah semata-mata untuk membuang sampah.

Menurut laporan India Today, bapa dan anak berasal dari Sepanyol ini menjadi rutin harian mereka sepanjang perintah berkurung Covid-19.

Mereka sebelum ini pernah memakai kostum karakter filem Frozen, Spider-Man, Dragon Ball Z, Batman, maskot robot.

Ia turut dikongsi di Instagram, dan menjadi tular serta sering menerima beribu likes.

Dikenali sebagai Jamie, lelaki itu berkata dia dan anaknya berpakaian sedemikian rupa sebagai simbolik adiwira yang mahu melawan musuh.

Jelasnya, musuh semua manusia pada waktu ini tentunya Covid-19 yang sudah meragut banyak nyawa di seluruh dunia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]