Siapa sangka pisang ‘gergasi’ rupanya wujud di Indonesia

Setandan pisang boleh mencecah berat sehingga 60kg dan 15m panjang. (Gambar Twitter)

Majoriti sesiapa sahaja pasti menyukai pisang sama ada makan begitu sahaja atau digoreng atau sebagai apa jua hidangan lain.

Ini kerana pisang merupakan sejenis buah yang sesuai dimakan semua golongan kerana ianya mempunyai khasiat yang cukup bagus terutamanya daripada segi pencernaan.

Pisang mempunyai pelbagai jenis seperti pisang susu, pisang berangan, pisang emas dan bermacam-macam jenis lagi.

Namun baru-baru ini viral di Twitter yang memaparkan sejenis buah pisang yang dikenali sebagai Musa Ingens, iaitu pokok pisang yang paling besar di dunia.

Pisang ‘gergasi’ ini dikenali sebagai Musa Ingens. (Gambar Twitter)

Difahamkan ketinggian pokok ini boleh mencecah sehingga 20m hingga 25m sedangkan untuk ketinggian pokok pisang biasa lebih kurang 2-5m sahaja.

Panjang daun pokok pisang ini pula boleh mencecah 5m dan lebarnya pula 1m.

Dipercayai pokok ini tumbuh di Pergunungan Arfak, Papua Barat.

Ketinggian pokok ini boleh mencecah sehingga 20m hingga 25m sedangkan untuk ketinggian pokok pisang biasa lebih kurang 2-5m sahaja. (Gambar Twitter)

Manakala dalam setandan pisang boleh mencecah berat sehingga 60kg dan 15m panjang.

Posting yang viral di Twitter itu mendapat perhatian netizen dan mereka tidak menyangka ada buah pisang sebesar itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]