
Penyanyi Grimes mendedahkan nama anaknya terpaksa ditukar, selepas baru-baru ini mengumumkan menamakan bayi itu dengan nama X-A-12.
Grimes dan pasangannya yang juga CEO syarikat Tesla serta billionaire Elon Musk, terpaksa berbuat demikian kerana undang-undang California yang tidak membenarkan angka didaftarkan sebagai nama dalam sijil kelahiran.
Pasangan itu kemudiannya menggantikan nombor dengan angka Roman.
Menjawab pertanyaan peminat di Instagram, Grimes atau nama sebenarnya Claire Boucher memberitahu nama baharu anaknya ialah X Æ A-Xii.
“Angka Roman. Nampak lebih baik. Satu tanda sengkang (dash) dibenarkan (dalam sijil kelahiran),” tulis Grimes.
Beberapa pihak memaklumkan nama itu dibaca sebagai X Ash A Twelve, biarpun terdapat banyak versi tentang sebutan yang betul.
Malah Grimes dan Musk sendiri mempunyai cara berbeza untuk menyebut nama bayi lelaki mereka.
X Æ A-Xii adalah anak pertama pasangan itu.
Musk sudah mempunyai lima anak dari perkahwinan sebelum ini, iaitu kembar bernama Griffin dan Xavier dan triplets bernama Damian, Saxon dan Kai.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]