
Tahun ini banjir diramal daripada tahap sederhana hingga paling buruk di kebanyakan negeri dan paras air sungai cenderung untuk melimpah, menurut NIHSA dalam satu kenyataan.
Daripada 774 daerah kira-kira 102 berisiko dilanda banjir, iaitu bencana alam yang sering berlaku di Nigeria, dan memberi kesan buruk kepada penduduk miskin di kawasan sepanjang tebing sungai.
Walaupun ramalan menunjukkan banjir tahun ini mungkin tidak seburuk tahun sebelumnya, namun kempen kesedaran dan langkah bersiap sedia tetap perlu diambil.
Pada Mac 2012, 32 daripada 36 negeri di Nigeria terjejas akibat banjir yang menyaksikan lebih 360 orang maut dan hampir 2 juta hilang tempat tinggal.