Terlalu paranoid… Suami bawa penyapu setiap kali keluar sebagai penjarakan sosial

Memiliki panjang 2m, penyapu itu turut digunakan untuk menjaga jarak dengan anak lelaki mereka.

Seperti yang disaran pakar-pakar kesihatan, semua orang perlumenjaga jarak sosial dalam mengekang penularan Covid-19.

Namun, seorang isteri mengadu tentang sikap suaminya yang terlalu paranoid dengan wabak itu.

Menurut Liz Robertson, suaminya membawa penyapu setiap kali keluar untuk memastikan adanya penjarakkan sosial.

Memiliki panjang 2m, penyapu itu turut digunakan untuk menjaga jarak dengan anak lelaki mereka.

Kata Liz, suaminya merupakan penghidap Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) yang mana seseorang itu melakukan sesuatu berulang kali sehingga menimbulkan rimas kepada orang lain.

Kata Liz, antara contoh sikap suaminya yang berusia 42 tahun termasuklah sentiasa panik setiap kali posmen tiba untuk menghantar surat ke kediaman mereka.

Malah, dia menganggap OCD sebagai “insan” ketiga dalam hubungannya dengan suami.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]