
Katanya, upacara perkahwinan itu hanya boleh dihadiri 20 tetamu, termasuk penolong pendaftar perkahwinan.
“Ia tertakluk kepada kapasiti rumah ibadat atau persatuan agama bukan Islam dan penjarakan sosial.
“Upacara perkahwinan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 15 Jun lalu, kerajaan melonggarkan sekatan untuk rumah ibadat bukan Islam dibuka semula, tetapi jumlah penganut terhad kepada 1/3 kapasiti biasa.
Ingkar arahan PKPP
Ismail berkata, 20 individu ditahan polis kerana mengingkari arahan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang memasuki hari ke-12 semalam.
Katanya, 6 daripadanya ditahan di karaoke dan pusat hiburan keluarga, 8 di kelab malam atau pub, 1 kerana mencuba pakaian di kedai pakaian dan 5 akibat menyukarkan penjarakan sosial.
Beliau berkata, 14 pendatang asing tanpa izin turut ditahan di sekatan jalan semalam.
Katanya, 528 rakyat Malaysia pulang ke tanah air semalam dari Singapura, Indonesia, Australia, Jepun, Vietnam, India, Belanda, Korea Selatan dan Emiriah Arab Bersatu.
Beliau berkata, 2 daripadanya dibawa ke hospital, manakala selebihnya diarahkan menjalani kuarantin di rumah.
Tapak binaan
Ismail berkata, 2 daripada 16 tapak binaan yang diperiksa di seluruh negara semalam diberikan amaran kerana tidak mematuhi SOP.
“Jumlah kumulatif tapak binaan yang mematuhi SOP sehingga semalam ialah 2,176 dan 421 diberikan amaran kerana tidak patuh SOP.
“Penguat kuasa CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan) turut mengarahkan 19 tapak binaan ditutup kerana tidak mematuhi SOP.”