
Gara-gara tidak membenarkan penumpang menaiki bas tanpa topeng hidung dan mulut disaat seluruh dunia sedang bergelut melawan pandemik Covid-19, seorang pemandu bas disahkan mati otak akibat diserang oleh sekumpulan penumpang.
Kejadian ini berlaku berhampiran tempat peranginan Atlantik di Biarritz, Perancis.
Menurut laporan AFP, polis sudah menahan seorang suspek manakala suspek lain sedang diburu.
Berdasarkan kejadian yang dilaporkan beberapa individu cuba menaiki bas pada Ahad malam tanpa tiket atau topeng yang diwajibkan penggunaannya di semua pengangkutan awam di seluruh Perancis.
Dan ketika pemandu berusia 50-an itu cuba menghalang daripada penumpang ini masuk, dia ditumbuk secara bertubi-tubi hingga mengakibatkan kecederaan serius di kepalanya.
Menurut kenyataan polis, ekoran serangan itu doktor mengesahkan pemandu terbabit mati otak.
Rentetan kejadian itu, perkhidmatan bas di beberapa daerah terganggu apabila rakan pemandu itu mogok sebagai reaksi terhadap serangan kejam tersebut.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]