
Ketua Pendakwa Jenayah Terancang, Vanessa Perree, berkata pertuduhan itu berkaitan 12 kes penculikan untuk pemerasan kripto, tanpa menyatakan tempoh kejadian.
Pihak berkuasa Perancis berdepan siri penculikan dan cubaan pemerasan yang menyasarkan keluarga kaya terbabit dalam mata wang kripto.
Mangsa diculik dan ditahan beberapa jam atau hari, kadangkala di bawah ancaman keganasan, dengan tuntutan tebusan perlu dibayar menggunakan mata wang kripto.
Dua lelaki yang diculik secara berasingan pada Januari dan Mei 2025 dipotong jari oleh penculik, yang menuntut sejumlah besar wang tebusan untuk pembebasan mereka.
Enam suspek, termasuk seorang individu bawah umur, ditahan Februari lalu atas penculikan seorang majistret dan ibunya dalam satu lagi rancangan tebusan kripto.
Pasangan wanita itu memegang jawatan utama di sebuah syarikat pemula mata wang kripto.
Perree pada Jumaat berkata, pihak berkuasa sedang berdepan “sejumlah suspek”, dengan lebih 135 kes penculikan berkaitan pemerasan kripto direkodkan sejak 2023.
Menurutnya, pendakwa raya telah “mengenal pasti individu terbabit berulang kali dalam pelbagai kes, sekali gus mendedahkan kewujudan rangkaian terancang” di sebalik jenayah itu.