Sebar berita palsu krisis tenaga: Seorang bakal didakwa, 5 individu dikompaun RM25,000

Sebar berita palsu krisis tenaga: Seorang bakal didakwa, 5 individu dikompaun RM25,000

Empat lagi diberi surat amaran, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

kompleks mahkamah sepang
Jabatan Peguam Negara telah memutuskan satu kes penyebaran berita palsu krisis tenaga didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang individu bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang kerana membuat penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga bahan api susulan krisis tenaga di Asia Barat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata lima lagi masing-masing ditawar kompaun RM25,000 manakala empat lagi diberi amaran.

SKMM berkata, tindakan tersebut diambil susulan siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Jabatan Peguam Negara telah memutuskan satu kes untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang.

“Lima kes ditawarkan kompaun dan empat diberikan surat amaran,” katanya dalam kenyataan.

SKMM turut mengingatkan orang ramai sentiasa menggunakan platform digital secara bertanggungjawab dan tidak menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta ketenteraman awam.

Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mendedahkan agensi itu sudah mengenal pasti 441 kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global sepanjang tempoh 29 Mac hingga 15 April.

Katanya, sebanyak 54 kertas siasatan dibuka dan 12 daripadanya sudah dirujuk kepada AGC untuk penelitian dan tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.