
Ketuanya, Hajiji Noor yang juga Adun Sulaman, berkata perbincangan berhubung penubuhan jawatankuasa membabitkan parti mesra PN akan diadakan tidak lama lagi.
“Buat masa ini, kita hanya memperkuatkan jentera di peringkat parti, tetapi kita akan mengadakan perbincangan dengan parti lain yang menyokong PN untuk menubuhkan jentera merangkumi semua,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pemimpin parti itu di ibu pejabat PPBM Sabah hari ini.
Beliau yakin persefahaman sedia ada antara PPBM Sabah dengan parti lain seperti Umno, PBS, PBRS dan STAR di negeri itu akan menjadi pemangkin kemenangan untuk mencapai kemenangan dalam PRU15.
Terdahulu, Hajiji menerima 1,000 borang permohonan menyertai parti itu daripada Pengerusi Pertubuhan Kinabalu Bersatu Malaysia (PKBM), Adzmi KK Juatan.
Borang itu daripada pemohon di Keningau, Pensiangan dan Tenom, yang merupakan bahagian pedalaman Sabah.