Kalau tak nak tua sebelum usia, cuba ikut 6 cara berikut

Kalau tak nak tua sebelum usia, cuba ikut 6 cara berikut

Ramai yang tidak mahu tua sebelum usia, tapi malas amalkan penjagaan wajah yang betul.

Penjagaan wajah yang tidak betul boleh membuatkan anda kelihatan lebih berusia.

Tua sebelum usia, pasti anda tidak mahu perkara ini berlaku terhadap diri sendiri.

Apa perasaan anda apabila ada orang yang meneka umur anda jauh lebih berusia daripada usia sebenar?

Mungkin ada yang tidak kisah, tapi majoriti akan mula melatah.

Kalau boleh biarlah sentiasa kelihatan awet muda walaupun usia sudah menginjak ke 50 tahun. Di mana silapnya?

Sebenarnya untuk tampil awet muda, anda harus memelihara kecantikan dan kesihatan kulit, terutamanya kulit wajah.

Kulit yang sihat akan membuatkan anda sentiasa kelihatan muda berseri.

Kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya hanya mencacatkan penampilan.

Kulit kering memang memerlukan penjagaan rapi dan anda seharusnya mengikuti langkah-langkah tersebut untuk memiliki kulit wajah idaman.

Bersihkan wakah dengan betul supaya kotoran dan sisa-sisa mekap benar-benar bersih.

1. Bersihkan wajah dengan pembersih yang bersifat lembut. Lakukan sebelum anda tidur di malam hari. Pagi esoknya, memadailah dengan membasuh muka menggunakan air suam dan sapukan pelembap.

2. Lakukan pengelupasan sel kulit mati seminggu sekali untuk menghindari masalah kulit kusam. Pilih skrub yang butirannya kecil, halus serta lembut.

Sebaik-baiknya hindari skrub yang terdiri daripada partikel garam atau ekstrak kacang. Skrub daripada jenis ini lebih kasar dan boleh menyebabkan kulit wajah cedera.

3. Seboleh-bolehnya, cuci muka dengan menggunakan air sejuk sahaja. Jika sering menggunakan air suam ia hanya menyebabkan kulit wajah semakin kering.

4. Bersihkan wajah dengan susu pembersih. Jangan gunakan penyegar yang mengandungi alkohol.

5. Gunakan tuala lembab untuk mengeringkan wajah setelah membersihkannya.

6. Selesai dengan langkah-langkah di atas, jangan lupa untuk menyapu vitamin E. Kandungan asid lemaknya sangat baik untuk kesihatan kulit.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.