Guan Eng di SPRM berhubung projek terowong, kata sumber

Guan Eng di SPRM berhubung projek terowong, kata sumber

Difahamkan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu dipanggil berhubung projek terowong dasar laut.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tiba di SPRM pada 1.05 petang tadi untuk diambil keterangan berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dikatakan memanggil Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk diambil keterangan hari ini berhubung projek terowong dasar laut, kata sumber.

Wartawan FMT di lapangan mengesahkan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu tiba di ibu pejabat SPRM pada 1.05 petang tadi, ditemani peguam Gobind Singh dan RSN Rayer.

Terdahulu, beberapa pemimpin kerajaan negeri dan bekas dipanggil untuk diambil keterangan berhubung siasatan SPRM ke atas projek itu.

Awal bulan ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata siasatan ke atas projek RM6.3 bilion itu sekitar dakwaan pengubahan wang dan dijangka selesai dalam tempoh 2-3 minggu.

Beliau berkata tanggapan kes itu ditutup tidak betul dan siasatan masih berjalan sejak 2017.

Azam memaklumkan SPRM sudah mengambil keterangan daripada 32 orang sehingga kini dan mahu menemubual 10-15 lagi.

Setakat ini, dilaporkan seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ditahan, dan kemudian dilepaskan dengan ikat jamin, dan 3 syarikat diserbu dalam siasatan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.