Seorang lelaki bersama 23 rakan positif Covid-19 gara-gara hisap shisha!

Gara-gara hisap shisha bersama rakan-rakan menyebabkan kesemua 23 orang disahkan positif Covid-19.

Umum mengetahui menghisap shisha adalah satu perbuatan seolah-olah menghisap rokok, namun bezanya ia dikongsi beramai-ramai.

Sehubungan itu, gara-gara berkongsi corong hisap shisha itu seorang lelaki menyebarkan virus Covid-19 kepada 23 orang di Gurugram, India.

Dalam satu kejadian pada 8 Julai lalu seorang penduduk kampung yang menghadiri satu majlis perkahwinan, menghisap shisha bersama rakan-rakannya.

Dan seramai 23 kontak rapat dengan lelaki berkenaan.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan di kampung itu kini mengharamkan penggunaan shisha.

Malah pegawai jabatan kesihatan daerah mengambil tindakan segera selepas seorang lelaki disahkan positif Covid-19 dan meminta rakan-rakannya menjalani ujian saringan.

Manakala penduduk kampung pula membentuk satu jawatankuasa untuk memeriksa penggunaan shisha serta memulakan kerja-kerja sanitasi.

“Apabila kes Covid-19 meningkat secara mendadak di kampung itu, kami mendapati shisha menjadi punca utama penyebaran jangkitan virus.

“Amalan menghisap shisha sering dilakukan di kampung-kampung dan ia perlu dielakkan ketika pandemik Covid-19,” ujar pegawai kanan kesihatan hospital awam Jind, Gopal Goyal kepada TOI.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]