
Di Malaysia, siapa yang tak pakai pelitup muka, akan didenda RM1,000 tapi di UK jauh lebih tegas!
Pemandu disana boleh kena saman RM5,487 kalau cermin mata mereka berwap ketika memandu sambil pakai mask!
Menurut Mirror Online, menurut pakar pelitup muka mereka boleh menjejaskan penglihatan atau mengalihkan perhatian mereka ketika sedang memandu dan boleh mendatangkan bahaya.
Cermin mata berwap satu masalah yang dihadapi oleh pemakai ketika mengenakan pelitup muka, namun bagi banyak orang ia tidak menghalang mereka untuk terus memakainya ketika sedang memandu.
Apatah lagi bagi mereka yang bekerja sebagai pemandu pengangkutan awam ketika musim pandemik ini.
Dengan berjuta-juta orang sekarang kembali bekerja, ia berpotensi menambah ribuan pemandu ke jalan raya di UK yang kini memandu tanpa preskripsi yang betul kerana kira-kira 4 juta orang tidak melakukan ujian mata sepanjang 4 bulan tempoh perintah berkurung.
Disebabkan itu pegawai polis di negara tersebut akan mengawal keselamatan dengan melakukan tindakan denda jika cermin mata berwap ketika memandu.
Sehubungan itu, mereka digalakkan buka topeng ketika sedang memandu.
Ia berikutan kebimbangan pihak berkuasa, penutup muka dapat mengganggu pemandu ketika di jalan raya apabila mereka akan cuba betulkan semula topeng, menanggalkan atau membersihkan cermin mata yang berwap ketika sedang memandu.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]