
Sekumpulan saintis di Australia memberikan nama-nama watak superhero kepada beberapa spesis serangga dan tumbuhan yang baru sahaja ditemui.
Menurut BBC, agensi sains di Australia iaitu Csiro telah menemui 164 spesis baru tumbuhan dan serangga termasuk lalat dan memberikan beberapa nama watak superhero dan penjahat daripada filem Marvel kepadanya.
Berikut adalah antara nama-nama yang diberikan kepada spesis lalat yang baru ditemui:
- Lalat Thor (Daptosletes bronteflavus)
2. Lalat Loki (Daptosletes illusiolautus)

3. Lalat Black Widow (Daptosletes femnategus)

4. Lalat Deadpool (Humorlethalis sergius)

5. Lalat Stan Lee (Daptolestes leei)

Penemuan-penemuan terbaru ini bukan sahaja nampak “gagah” pada namanya, malah ada spesis yang ditemui berupaya merawat penyakit Alzheimer dan epilepsi.
Malah, hanya suku daripada serangga yang ditemui di Australia yang baru dikaji, bermaksud lebih banyak lagi penemuan-penemuan baru yang akan diteroka pada masa akan datang.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]