Ulama PAS Sabah mahu calon wakilinya pada PRN

Ulama PAS Sabah mahu calon wakilinya pada PRN

Dewan Ulama PAS Sabah meluluskan usul menghantar calon mewakilinya pada perhimpunan tahunan kali ke-22 sayap negeri itu semalam.

Perhimpunan tahunan Ulama PAS Sabah semalam meluluskan usul menghantar calon mewakilinya pada pilihan raya negeri. (Gambar Dewan Ulama PAS Sabah)
KUDAT:
Dewan Ulama PAS Sabah mahu calon mewakilinya bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah.

Ia meluluskan usul menghantar calon mewakilinya pada perhimpunan tahunan kali ke-22 sayap negeri itu semalam.

“Ianya diluluskan secara majoriti serta sebulat suara,” kata Ketua Urusan Ulama PAS Kalabakan, Roslan Ramli dalam kenyataan.

Pada pilihan raya umum 2018, parti Islam itu bertanding 8 kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN. Ia kalah di semua kerusi itu, dan tidak pernah menang sebarang kerusi di Sabah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.