Mana Dr M, MCA tanya Warisan Plus

Mana Dr M, MCA tanya Warisan Plus

Adakah mereka sudah terlupa orang yang menyokong presiden Warisan dipilih sebagai calon perdana menteri mereka, soal MCA Sabah.

Chin Kim Hung
KOTA KINABALU:
MCA Sabah hari ini bertanyakan kepada Warisan Plus kenapa sekutu mereka, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, belum turun berkempen untuk mereka.

Dengan pilihan raya hanya tinggal 4 hari lagi, Bendahari Chin Kim Hung berkata ramai pemimpin besar sekutu mereka seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim turun berkempen, kecuali Mahathir.

“Sudahkah mereka terlupa orang yang menyokong presiden Warisan dipilih sebagai calon perdana menteri mereka atau kehadiran Mahathir akan menjejaskan kempen kerana orang Sabah tak suka beliau,” soalnya.

Chin berkata barangkali Mahathir rasa bersalah atas layanannya terhadap Sabah sepanjang menjadi perdana menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.