Jimatkan wang dengan 7 idea kreatif

Jimatkan wang dengan 7 idea kreatif

Sebenarnya tanpa kita sedar, banyak barang di sekeliling yang boleh dikitar semula dan jika punyai bakat kreatif, anda boleh hasilkan sesuatu yang luar biasa.

Bila pandai mengubah suai, yang biasa akan jadi lebih cantik. (Gambar weibo)

Dalam keadaan ekonomi yang merundum akibat pendemik Covid-19 ini, kita perlu mula belajar berjimat. Apa kata, hentikan membeli perabot baru tetapi cuba buat perabot sendiri di rumah.

Sebenarnya tanpa kita sedar, banyak barang di sekeliling yang boleh dikitar semula dan jika punyai bakat kreatif, anda boleh hasilkan sesuatu yang luar biasa.

Cuba serlahkan kreativiti anda dengan menghasilkan dekorasi DIY yang cantik lagi murah ini.

1. Book stopper

Nampak biasa-biasa tetapi penahan buku atau book stopper boleh dipelbagaikan untuk dijadikan rak buku tergantung pada dinding rumah. Tampak sangat kreatif dan seolah-olah memberi ilusi ‘buku terbang’ yang jarang ada di kediaman orang lain. Paling penting, buku tersusun rapi dan kemas.

2. Kayu pallet

Set ruang tamu yang sungguh kreatif dari kayu pallet.(Gambar: myakmovers)

Kayu pallet boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Kali ini cuba reka set kerusi di ruang tamu dengan kayu pallet. Mungkin perlukan sedikit kerja keras bagi menghasilkan set ini tetapi bila sudah siap, anda pasti berpuas hati dengan kerja tangan sendiri. Tambahkan sentuhan bantal kecil untuk menyerlahkan seri set kerusi ruang tamu anda.

3. Bata dan kayu pallet

Gabungan kayu pallet dan bata menyerlah gaya unik pada rak televisyen. (Gambar: maikonagao)

Satu gabungan yang menarik. Bata dan kayu pallet digabungkan untuk menghasilkan gaya yang unik pada rekaan rak televisyen. Lebih kreatif bila diletakkan bakul seakan warna pallet di bawahnya. Nampak seperti sentuhan klasik yang ‘cool’. Nah, tak perlu lagi beli rak televisyen yang mahal di kedai.

4. Cat dan masking tape

Tampal dinding dengan masking tape. (Gambar: Puan Aida Kama/Facebook)
Setelah dicat, cabut masking tape. (Gambar: Puan Aida Kama/Facebook)
Dinding cantik dengan sentuhan kreatif anda. (Gambar: Puan Aida Kama/Facebook)

Sekali-sekala ubah gaya dinding dari cat yang bosan kepada sesuatu yang lebih berani. Cat dan masking tape boleh memberi nafas baru kepada dinding rumah anda. Dengan kombinasi warna-warna hebat, dinding rumah bukan sahaja nampak cantik tetapi ceria dan lebih segar.

5. Penutup tingkap

Penutup tingkap yang digantung dengan barang peribadi. (Gambar: homedit)

Penutup tingkap atau window shutter jika sudah rosak, jangan dibuang. Cuba letakkan paku pada beberapa tempat di penutup tingkap dan gantungkan barang peribadi anda. Letakkan ia di tempat yang mudah untuk anda capai. Mudah bukan!

6. Tayar terpakai

Tayar yang direka menjadi kerusi santai.

Tayar yang rosak sebenarnya boleh diubah menjadi bermacam-macam barangan DIY. Itu pun mengikut kreativiti anda. Salah satu contoh paling menarik ialah kerusi santai di ruang tamu. Lihat saja pada gambar di atas. Nampak selesa betul kerusi tayar DIY ini kan? Cantik pula tu!

7. Kerusi kayu

Idea kreatif untuk ruang yang kecil. (Gambar: alldaychic)

Kalau sudah kreatif, semuanya nampak cantik. Begitu juga dengan kerusi. Terutama bagi rumah yang mempunyai ruang yang kecil, cara ini memang berkesan untuk menjimatkan ruang. Gunakan juga ia sebagai tempat menggantung baju dan meletakkan barangan anda. 2 dalam 1, jimat ruang dan wang!

Artikel ini telah diterbitkan pertama kali di kaodim.com

Salah satu platfom perkhidmatan tempatan yang sedang berkembang maju di Asia Tenggara. Kaodim menghubungkan pengguna kepada penyedia perkhidmatan tempatan persendirian dan profesional – dengan pantas dan bebas gangguan. Dengan aplikasi Kaodim, pengguna boleh mengakses kepada perkhidmatan profesional untuk pengubahsuaian rumah, pembersihan pejabat dan banyak lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.