Pence, Harris sertai debat naib presiden

Pence, Harris sertai debat naib presiden

Kedua-dua calon itu dipisahkan dengan perisai 'plexiglass' ketika berdebat sebagai langkah pencegahan Covid-19.

Pelbagai isu dibahaskan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence dan Senator Kamala Harris berikutan 2 debat presiden mungkin dibatalkan selepas Presiden Donald Trump dijangkiti Covid-19.
WASHINGTON:
Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence dan Senator Kamala Harris pada Rabu beraksi di satu-satunya debat untuk calon naib presiden yang berlangsung di Utah, kurang sebulan sebelum pilihan raya presiden berlangsung, lapor agensi berita Sputnik.

Perbahasan kali ini agak unik kerana langkah lebih berhati-hati diambil, penganjur memasang perisai ‘plexiglass’ untuk memisahkan antara kedua-dua calon.

Ketua Biro USA Today Washington Susan Page bertindak sebagai pengantara untuk debat kali ini, yang berlangsung di Universiti Utah di Salt Lake City.

Perbahasan bermula jam 9 malam EST, dijangka dibahagikan kepada 9 segmen untuk topik berbeza, setiap segmen selama 10 minit.

Terdapat banyak isu yang dibahaskan untuk debat naib presiden, memandangkan 2 debat presiden mungkin dibatalkan selepas Presiden Donald Trump dijangkiti Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.