Kes global Covid-19 melebihi 100 juta

Kes global Covid-19 melebihi 100 juta

Sekurang-kurangnya 2,151, 242 orang di seluruh dunia kehilangan nyawa kerana penyakit ini.

Tiub pernafasan membantu seorang pesakit Covid-19 untuk bernafas di sebuah pusat kesihatan di Los Angeles tahun lalu. (Gambar AP)
PARIS:
Jumlah kes coronavirus yang disahkan di seluruh dunia telah melepasi 100 juta sejak bermulanya wabak ini.

Sehingga 2130 GMT, sejumlah 100,010,798 jangkitan telah dilaporkan, menurut kiraan AFP yang dikumpulkan daripada angka yang diberikan oleh agensi-agensi kesihatan kebangsaan.

Di seluruh dunia, sekurang-kurangnya 2,151,242 orang telah kehilangan nyawa kerana Covid-19.

Sebilangan besar pesakit pulih, tetapi beberapa pesakit mengalami gejala selama berminggu-minggu, bahkan berbulan-bulan.

Bilangan rasmi kes yang dicatat sejak wabak itu pertama kali muncul di China pada akhir 2019 hanya mewakili sebahagian kecil daripada jumlah sebenar jangkitan di seluruh dunia.

Banyak negara terlambat melaksanakan pengujian sistematik, dan beberapa negara hanya terus menguji mereka yang sakit teruk. Negara-negara termiskin pula hanya memiliki kemampuan terhad untuk pengujian.

Amerika Syarikat, yang mencatatkan lebih 25 juta kes pada hujung minggu lalu, tetap menjadi negara yang paling teruk dijangkiti.

India berada di tempat kedua dengan 10.7 juta kes manakala Brazil ketiga dengan 8.9 juta kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.