Lebih 50 banduan maut dalam rusuhan di penjara di Ecuador

Lebih 50 banduan maut dalam rusuhan di penjara di Ecuador

Rusuhan dilaporkan berlaku di penjara di Guayaquil, Cuenca dan Latacunga.

Rusuhan itu tercetus ekoran pergaduhan beberapa geng dalam penjara berkenaan. (Gambar AP)
MEXICO CITY:
Lebih 50 banduan maut dalam rusuhan di penjara di Ecuador, lapor agensi berita Sputnik, memetik polis pada Selasa.

Rusuhan dilaporkan berlaku di penjara di Guayaquil, Cuenca dan Latacunga. Terdapat beberapa kes pengawal penjara dijadikan tebusan tetapi mereka semua telah dibebaskan.

“Setakat ini pakar forensik melaporkan lebih 50 banduan maut,” kata polis di Twitter.

Rusuhan itu tercetus ekoran pergaduhan beberapa geng dalam penjara berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.