Gempa bermagnitud 5.8 landa Nepal

Gempa bermagnitud 5.8 landa Nepal

Tiga cedera selepas dinding rumah mereka runtuh, kata ketua pegawai daerah Lamjung, Hom Prasad Luintel.

Gegaran berlaku pada kira-kira jam 5.42 pagi waktu tempatan.
KATHMANDU:
Gempa bumi berkekuatan 5.8 pada skala Richter menggegar daerah Lamjung di utara-tengah Nepal pada Rabu, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga cedera, lapor Agensi Berita Xinhua.

Gegaran berlaku pada 5.42 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa di Bhulbhule dekat dengan perbandaran Marsyang, turut dirasakan di beberapa kawasan termasuk di Kathmandu, menurut pusat gempa kebangsaan.

“Penduduk panik ekoran gegaran yang kuat. Tiga orang cedera selepas dinding rumah mereka runtuh dan kini sedang menerima rawatan,” kata ketua pegawai daerah Lamjung Hom Prasad Luintel.

Jumlah kerugian belum dapat dipastikan.

“Gegaran itu cukup kuat. Namun, belum ada laporan korban jiwa,” kata ketua majlis perbandaran luar bandar Arjun Gurung.

Pada 2015, sekurang-kurangnya 9,000 orang maut dalam gempa kuat di Nepal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.