Vietnam mula beri vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun

Vietnam mula beri vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun

Provinsi dan bandar-bandar diminta untuk memberi keutamaan kepada mereka yang berusia 16 hingga 17 tahun terlebih dahulu.

Pada 11 Okt, lebih 55 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada mereka berusia 18 tahun. (Gambar AP)
HANOI:
Vietnam akan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula Oktober, menurut Kementerian Kesihatan negara ini.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan provinsi dan bandar-bandar diminta untuk memberi keutamaan kepada mereka yang berusia 16 hingga 17 tahun terlebih dahulu.

Agensi berita Vietnam melaporkan inokulasi akan dilakukan berdasarkan bekalan vaksin dan situasi pandemik di setiap lokaliti.

Menurut kementerian, setiap orang akan disuntik dengan dua dos vaksin yang sama.

Pada 11 Okt, lebih 55 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada mereka berusia 18 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.