3 kru maut dalam letupan kapal tentera laut India

3 kru maut dalam letupan kapal tentera laut India

Sebelas lagi anak kapal cedera dalam letupan yang berlaku di ruang dalaman INS Ranvir.

Kapal pemusnah peluru berpandu INS Ranvir sedang berlabuh di limbungan laut Mumbai ketika letupan berlaku.
NEW DELHI:
Letupan di sebuah kapal tentera laut India pada Selasa mengorbankan tiga anak kapalnya.

Kapal pemusnah peluru berpandu INS Ranvir itu sedang berlabuh di limbungan laut Mumbai ketika letupan berlaku.

“Krew kapal bertindak pantas mengawal keadaan. Tiada kerosakan material besar dilaporkan,” kata Kementerian Pertahanan dalam kenyataan.

Menurutnya, kapal itu ditugaskan bersama Markas Timur Tentera Laut sejak November lalu dan dijangka kembali ke pelabuhan pangkalannya tidak lama lagi.

Siasatan akan dijalankan untuk mengetahui punca letupan.

Sebelas anak kapal cedera dalam insiden itu, yang berlaku di ruang dalaman kapal, lapor media India.

INS Ranvir, yang dibina di bekas Kesatuan Soviet, mula digunakan pada April 1986, menurut maklumat di laman web tentera laut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.