
Keputusan itu rentetan serangan Rusia terhadap Ukraine, dengan Belarus dikaitkan turut memainkan peranan.
Pengumuman IPC dibuat sehari selepas atlet dua negara itu diberi lampu hijau untuk menyertai kejohanan sukan itu sebagai pihak neutral berdasarkan pendirian badan berkenaan bahawa ia telah mematuhi peraturan manakala atlet dianggap “bukan penyerang”.
“Susulan mesyuarat khas, lembaga pentadbiran IPC telah memutuskan menafikan penyertaan atlet dari RPC dan NPC Belarus untuk Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022,” kata badan itu dalam kenyataan.
“Ini bererti atlet para dari negara terbabit tidak lagi dibenarkan menyertai kejohanan sukan yang bermula pada 4 Mac 2022. Apa yang jelas adalah, keadaan yang semakin meruncing itu kini meletakkan kita dalam kedudukan unik dan sukar semakin tarikh acara sukan itu menghampiri.”
Keputusan hari ini dikecam pelbagai badan sukan dan ramai yang menggesa IPC menariknya balik.
Kontinjen Rusia yang terdiri daripada 71 ahli telahpun berada di Beijing sempena kejohanan sukan itu.