Mahkamah Jenayah Antarabangsa mula siasat aktiviti Rusia di Ukraine

Mahkamah Jenayah Antarabangsa mula siasat aktiviti Rusia di Ukraine

ICC akan memberi tumpuan kepada objektif utama organisasi iaitu memastikan akauntabiliti bagi jenayah di bawah bidang kuasa mahkamah.

Minggu lalu, Rusia melancarkan operasi khas selepas republik pemisah Donetsk dan Luhansk meminta bantuan untuk mempertahankan diri daripada serangan berterusan oleh tentera Ukraine. (Gambar AP)
MOSCOW:
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memulakan siasatan ke atas aktiviti Rusia di Ukraine, kata Pendakwa ICC Karim Khan.

“Saya baru sahaja memberitahu Pejabat ICC mengenai keputusan saya untuk meneruskan dengan segera siasatan aktif dalam situasi itu. Kerja-kerja pengumpulan bukti sudah dimulakan,” kata Khan dalam satu kenyataan, lapor Sputnik.

Beliau menambah bahawa ICC akan memberi tumpuan kepada objektif utama organisasi: memastikan akauntabiliti bagi jenayah di bawah bidang kuasa mahkamah.

Minggu lalu, Rusia melancarkan operasi khas selepas republik pemisah Donetsk dan Luhansk meminta bantuan untuk mempertahankan diri daripada serangan berterusan oleh tentera Ukraine. Negara-negara Barat mengutuk sekeras-kerasnya operasi ketenteraan Rusia dan meningkatkan tekanan sekatan terhadap Rusia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.