Krisis Sri Lanka: Bahan bakar kurang, 80% bas tak dapat beroperasi

Krisis Sri Lanka: Bahan bakar kurang, 80% bas tak dapat beroperasi

Persatuan bas mendapati sukar mendapatkan diesel meskipun pada Isnin Ceylon Petroleum Corporation (CPC) telah menyambung semula pengedaran bahan api di Sri Lanka termasuk di Colombo.

Sri Lanka sedang berdepan krisis kewangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, membawa kepada kekurangan bekalan tenaga, ubat-ubatan dan barangan keperluan lain. (Gambar AP)
NEW DELHI:
Kekurangan bahan api mungkin memaksa 80% bas persendirian di Sri Lanka tidak dapat beroperasi mulai Selasa, menurut persatuan pengangkutan.

Persatuan bas mendapati sukar mendapatkan diesel meskipun pada Isnin Ceylon Petroleum Corporation (CPC) telah menyambung semula pengedaran bahan api di Sri Lanka termasuk di Colombo, menurut laporan Daily Mirror memetik setiausaha sebuah Persatuan Bas Persendirian Antara Wilayah, Anjana Priyanjith.

Sementara itu, Menteri Tenaga Kanchana Wijesekera menerusi ciapannya di Twitter, bekalan bahan api yang mencukupi akan tersedia tidak lama lagi susulan tiga kapal membawa bahan api dijadual tiba di Sri Lanka dalam tempoh dua minggu akan datang.

Sri Lanka sedang berdepan krisis kewangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, membawa kepada kekurangan bekalan tenaga, ubat-ubatan dan barangan keperluan lain.

Perdana Menteri baharu Ranil Wickremesinghe berdepan cabaran besar dalam menstabilkan ekonomi, undang-undang dan menjamin keamanan negara di tengah-tengah protes antikerajaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.