
“Saya dengan ini mengisytiharkan Ferdinand Bongbong Romualdez Marcos Jr sebagai presiden sah Republik Filipina,” kata Speaker Dewan Perwakilan Lord Allan Velasco selepas ahli parlimen meluluskan laporan mengumumkan kemenangan Marcos.
Marcos yang secara rasmi mula bertugas bulan depan, mendapat lebih 31.6 juta undian atau kira-kira 58.8%, mengikut kiraan akhir diumumkan parlimen.
Beliau calon presiden pertama memenangi majoriti sejak bapanya – yang dikaitkan dengan dakwaan rasuah dan penindasan hak asasi manusia – digulingkan pada 1986.
Saingan utamanya Leni Robredo jauh ketinggalan di tempat kedua, dengan hanya kira-kira 15 juta undian.
Sesi bersama Dewan Perwakilan dan Senat secara rasmi meratifikasikan keputusan itu seterusnya mengisytiharkan Marcos sebagai presiden. Majlis pelantikannya akan diadakan pada 30 Jun.
Sementara itu, pasangan pencalonannya, Sara Duterte turut diumumkan sebagai naib presiden.