Lelaki disyaki hasut keganasan terhadap PM Singapura ditahan

Lelaki disyaki hasut keganasan terhadap PM Singapura ditahan

Suspek berusia 45 tahun ditahan pada 3.10 petang semalam, selepas Pasukan Polis Singapura (SPF) menerima ancaman keganasan terhadap perdana menteri di Facebook.

Seorang lelaki ditahan kerana menyiarkan komen mengenai Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong (atas) selepas kematian bekas perdana menteri Jepun Shinzo Abe. (Gambar AP)
SINGAPURA:
Pasukan Polis Singapura (SPF) menahan seorang lelaki berusia 45 tahun kerana disyaki terlibat dalam menghasut keganasan terhadap Perdana Menteri Lee Hsien Loong menerusi komennya di media sosial.

Pada 8 Julai 2022 kira-kira 3.10 petang, SPF menerima laporan mengenai ancaman yang mencetuskan keganasan terhadap perdana menteri di bahagian komen halaman Facebook Channel NewsAsia yang menyiarkan berita mengenai insiden bekas perdana menteri Jepun Shinzo Abe ditembak.

“Melalui siasatan susulan, pegawai dari bahagian polis pusat mengenal pasti identiti pengguna Facebook itu dan menahannya dalam tempoh lima jam selepas laporan dibuat. Sebuah komputer riba, tablet dan empat telefon bimbit dirampas,” menurut SPF di laman sesawangnya.

SPF menyatakan “siasatan sedang dijalankan”.

Mana-mana individu yang disabitkan dengan kesalahan membuat atau menyampaikan apa-apa hantaran elektronik yang menghasut kepada keganasan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

Menurut SPF pihaknya tidak akan membenarkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan keganasan di Singapura.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.