2 maut dalam insiden tembakan di maktab tentera diraja Thailand

2 maut dalam insiden tembakan di maktab tentera diraja Thailand

Mangsa terbunuh dikenal pasti sebagai Sarjan Mejar Nopparat Intarasunthorn dan Sarjan Mejar Prakarn Sinsong.

Penembak, Sarjan Mejar Yongyut Mungkornkim, seorang kerani Maktab Tentera Diraja Thailand mempunyai sejarah penyakit mental, ditahan ketika cuba melarikan diri. (Gambar AP)
BANGKOK:
Dua anggota tentera maut manakala seorang cedera selepas ditembak dalam kejadian di Maktab Tentera Diraja Thailand di daerah Dusit, Bangkok, hari ini.

Dalam satu kenyataan, Timbalan Jurucakap Tentera Kolonel Sirichan Ngathong berkata, dalam kejadian 8.45 pagi (waktu tempatan), Sarjan Mejar Yongyut Mungkornkim, 59, seorang kerani di maktab itu masuk ke pejabat pentadbiran dan menembak tiga individu.

“Punca dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Sirichan berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai sejarah penyakit mental.

Suspek melarikan diri, bagaimanapun, dia ditahan kira-kira 10 pagi.

Mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Sarjan Mejar Nopparat Intarasunthorn dan Sarjan Mejar Prakarn Sinsong manakala Sarjan Mejar Youngyuth Panyanuwat cedera dan dikejarkan ke hospital.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.